15 tahun berlalu: Kisah dunia dan Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Rasanya sudah terlalu lama — hampir 15 tahun — saya tinggalkan blog ini bersawang. Kalau dulu zaman blogspot ni hidup, kita rajin menulis tentang hal harian, kisah kerja, hobi, lagu kegemaran. Kini, selepas sekian lama, saya rasa nak kembali tinggalkan catatan. Dunia yang Berubah Dalam tempoh 15 tahun, dunia telah berubah dengan begitu pantas: • Teknologi: Dulu kita sibuk dengan Friendster, Yahoo Messenger, Myspace. Sekarang semua di hujung jari — Facebook, TikTok, WhatsApp, ChatGPT. Telefon bimbit pun sudah berubah daripada Nokia keypad ke iPhone canggih. • Media: Kalau dulu baca berita di surat khabar, kini hampir semua di media sosial. Maklumat datang terlalu laju, kadang kita sendiri jadi penat menapis mana betul, mana palsu. • Gaya hidup: Ramai kawan lama sudah berkeluarga, beranak-pinak, malah ada yang sudah bergelar datuk dan nenek. Dunia pekerjaan pun banyak cabaran baru, dengan kos sara hidup makin tinggi. Negara & Masyarakat Malaysia pun tidak terkecuali: • Suka duka politik silih berganti. Kita dah lalui zaman pemimpin jatuh bangun, kerajaan bertukar tangan, dan rakyat makin matang menilai. • Ekonomi semakin mencabar, harga barang naik, gaji lambat mengejar. Hidup rakyat biasa tidak semudah yang kita sangkakan dulu. • Namun begitu, kita masih mampu berdiri — sebab orang Malaysia kuat semangatnya, saling bantu bila susah, dan pandai bergurau walau diuji. Hidup Peribadi Bagi diri saya pula, 15 tahun ini penuh warna: • Dari seorang yang masih muda, kini melangkah ke fasa dewasa dengan lebih matang. • Dari sekadar menulis santai di blog, kini lebih banyak masa diluangkan untuk kerja, keluarga, dan hobi lain. • Ada waktu jatuh, ada waktu bangun. Ada saat gembira, ada saat perit. Tapi semua itu menjadikan siapa diri saya hari ini. Refleksi Kadang-kadang bila fikir balik, masa berlalu begitu pantas. Apa yang kita tulis dulu mungkin kelihatan remeh, tapi bila dibaca semula, ia jadi kenangan yang mahal. Dunia mungkin berubah, tapi catatan kecil dalam blog ini tetap jadi saksi perjalanan hidup. 👉 Jadi inilah coretan ringkas saya setelah 15 tahun. Insya-Allah, saya akan cuba menulis semula, mungkin tidak sekerap dulu, tapi cukup untuk meninggalkan jejak bahawa saya masih ada, masih menulis, masih bercerita.

Kembali ke Blog Lama… Selepas 15 Tahun

Assalamualaikum & salam sejahtera… Lama betul saya tak menulis di sini. Bila saya buka balik blog ni, rasa macam buka pintu rumah lama yang penuh kenangan. Debu ada, cat dinding pun dah pudar, tapi baunya tetap sama. 🥲 Kali terakhir saya menulis di sini tahun 2010… sekarang sudah 2025. 15 tahun meninggalkan ruangan ni. Macam-macam sudah jadi — saya sendiri berubah, dunia pun berubah. Kalau dulu rajin tulis panjang-panjang pasal kad raya, kuih raya, bendera kat dinding, sekarang semua orang sibuk update di FB, IG, TikTok. Blog macam ni dah jarang orang baca. Tapi… bila saya baca semula tulisan lama, saya sedar blog ni adalah cermin diri saya yang dulu. Cara saya ketawa, cara saya marah, cara saya luah perasaan, semua tersimpan di sini. Nilai nostalgia tu terlalu mahal untuk dibuang. Jadi saya ambil keputusan untuk hidupkan semula blog ni. Bukan sebab nak jadi popular, bukan sebab nak kejar views. Tapi sebab saya mahu simpan cerita saya, perjalanan saya, dan hati saya… di tempat yang lebih kekal daripada sekadar status media sosial. Mungkin tak ada ramai pembaca. Mungkin hanya saya, atau beberapa orang yang tersesat masuk. Tapi itu tak mengapa. Yang penting, saya kembali menulis… kerana menulis ni salah satu cara saya bernafas. 🌹 Kalau ada yang masih membaca blog ni selepas sekian lamad terima kasih banyak. Anda lah saksi bahawa blog lama masih ada nyawa. Selamat datang semula ke dunia lama saya, tapi dengan kisah yang lebih baharu. — Seven Sam

THE END OF 2019

stay tuned.. ill be back!

IKAN YANG COMEL

Ikan ni kecik sj..tapi sangat comel.. tak tahu la apa nama ikan ni.. ada 10 ekor dalam aquarium

AQUARIUM DAN ANDA!! : BAHAN ASAS UNTUK MEMULAKAN HOBI ANDA..

Rasanya dah lama sangat saya tak update blog ini..kesibukan mengatasi segalanya.. sekarang ni barula tergerak nak tulis..tapi nak tulis pun tak tahu nak tulis apa..mahu rasanya saya tukarkan blog ini dengan tema "AQUARIUM" sempena hobi saya yang suka dengan aquarium.. :)



beberapa keping bambar di awal pembabitan saya untuk menjadi aquarium lover secara serius.. pas ni.. gambar lain akan menyusul..


setelah banyak melakukan kajian dari nternet dan buku2 yang berkaitan dengan aquarium.. rupanya memelihara ikan bukanlah semata2 letak air dalam balang..bubuh pasir, pasang waterpump, dan lepaskan ikan..memang tak akan bertahan.. di sini saya akan cuba berkongsi dengan anda tentang cara-cara agar aquarium anda berjaya dan ikan anda akan hidup lebih lama..

pertama : aquarium anda..
pilihlah aquarium anda dengan mengambil kira, ikan apakah yang anda ingin pelihara.. untuk permulaan, belilah aquarium yang sederhana mengikut budget anda.. jangan terlalu besar, dan jangan terlalu kecil..dan paling sesuai adalah aquarium jenis kaca kerana ia tidak mudah bercalar dan tahan lama.

ada pelbagai design aquarium yang berada di fishstore.. terpulang pada kemampuan dan citarasa anda..

kedua : waterpump

waterpump terbahagi kepada dua iaitu inlet dan outlet.. inlet water filteryang diketakkan di dalam aquarium anda, outlet pula adalah di luar aquarium anda.. berikut adalah contoh waterpump


HANGING FILTER

IN TANK FILTER

untuk filter dalaman, anda boleh gunakan ini, saya menggunakan jenis ini kerana ia sangat berkesan untuk menapis air dan senyap walaupun harganya agak mahal berbanding filter yang lain.

selain itu, anda boleh menggunakan filter ini untuk budget yang lebih murah dan bagi mereka yang baru berjinak2 dalam dunia "pengaquariuman"..

TOP FILTER

setelah anda membuat pilihan, kini anda bolehlah membeli pasir untuk aquarium anda.. ada bermacam jenis pasir , halus, kasar, kecil, besar, berwarna dan biasa.. tapi untuk lebih jimat, anda boleh mengambil basir dari sungai dengan menyaring pasir untuk mendapatkan pasir-pasir yang halis..tapi bagi mereka yang tinggal di bandar, agak susah untuk mendapatkan pasir free..


BEBERAPA JENIS PASIR UNTUK AQUARIUM

kemudian.. pilihan anda.. hendak menggunakan tumbuhan hidup atau plastik, bergantung kepada jenis ikan yang anda ingin pelihara.. saya cadangkan anda menggunakan tumbuhan plastik dahulu kerana ia lebih murah dan lasak serta mudah di uruskan..


TUMBUHAN HIDUP



TUMBUHAN PLASTIK

kemudian, anda perlukan heater jika anda ingin memelihara ikan tropika, jika anda hanya mahu memelihara ikan emas, heater tidak diperlukan kerana ikan emas adalah jenis ikan yang perlukan persekitaran yang sejuk.


HEATER

untuk langkah seterusnya, anda dinasihatkan agar tidak membeli ikan pada masa itu..ini adalah bagi memberi masa pada anda untuk setting aquarium anda dan memastikan PH air, nitrat dan nitrit serta air sesuai dengan ikan anda.

langkah seterusnya, anda bolehlah mula setting aquarium anda, setakat ini untuk kali ini, saya akan sambung ke langkah seterusnya di lain masa.. semoga jumpa lagi. anda boleh tinggalkan pesanan jika ada sebarang pertanyaan mengenai aquarium anda dan saya akan cuba bantu anda.

Thank You Allah Lyrics

By: Maher Zain
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

my new room

Published with Blogger-droid v1.6.5

New Xperia x10

Upgrade to android 2.1.
Published with Blogger-droid v1.6.5

SAKIT GIGI MENJELANG RAYA


adoi la..gigi ni sakit pula..raya tinggal sehari sahaja lagi..malam2 tak dapat tido..dah cuba guna air garam, bawang puith pun masih tak reda..nak jumpa dentist..siang2 kan puasa..terbatal pula..hemm..sabar saja le..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010


Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan dan pembaca blog buruk saya ini..segala kesalahan harap di maafkan..halalkan apa yang ter.....ter...ter...