AQUARIUM DAN ANDA!! : BAHAN ASAS UNTUK MEMULAKAN HOBI ANDA..

Rasanya dah lama sangat saya tak update blog ini..kesibukan mengatasi segalanya.. sekarang ni barula tergerak nak tulis..tapi nak tulis pun tak tahu nak tulis apa..mahu rasanya saya tukarkan blog ini dengan tema "AQUARIUM" sempena hobi saya yang suka dengan aquarium.. :)



beberapa keping bambar di awal pembabitan saya untuk menjadi aquarium lover secara serius.. pas ni.. gambar lain akan menyusul..


setelah banyak melakukan kajian dari nternet dan buku2 yang berkaitan dengan aquarium.. rupanya memelihara ikan bukanlah semata2 letak air dalam balang..bubuh pasir, pasang waterpump, dan lepaskan ikan..memang tak akan bertahan.. di sini saya akan cuba berkongsi dengan anda tentang cara-cara agar aquarium anda berjaya dan ikan anda akan hidup lebih lama..

pertama : aquarium anda..
pilihlah aquarium anda dengan mengambil kira, ikan apakah yang anda ingin pelihara.. untuk permulaan, belilah aquarium yang sederhana mengikut budget anda.. jangan terlalu besar, dan jangan terlalu kecil..dan paling sesuai adalah aquarium jenis kaca kerana ia tidak mudah bercalar dan tahan lama.

ada pelbagai design aquarium yang berada di fishstore.. terpulang pada kemampuan dan citarasa anda..

kedua : waterpump

waterpump terbahagi kepada dua iaitu inlet dan outlet.. inlet water filteryang diketakkan di dalam aquarium anda, outlet pula adalah di luar aquarium anda.. berikut adalah contoh waterpump


HANGING FILTER

IN TANK FILTER

untuk filter dalaman, anda boleh gunakan ini, saya menggunakan jenis ini kerana ia sangat berkesan untuk menapis air dan senyap walaupun harganya agak mahal berbanding filter yang lain.

selain itu, anda boleh menggunakan filter ini untuk budget yang lebih murah dan bagi mereka yang baru berjinak2 dalam dunia "pengaquariuman"..

TOP FILTER

setelah anda membuat pilihan, kini anda bolehlah membeli pasir untuk aquarium anda.. ada bermacam jenis pasir , halus, kasar, kecil, besar, berwarna dan biasa.. tapi untuk lebih jimat, anda boleh mengambil basir dari sungai dengan menyaring pasir untuk mendapatkan pasir-pasir yang halis..tapi bagi mereka yang tinggal di bandar, agak susah untuk mendapatkan pasir free..


BEBERAPA JENIS PASIR UNTUK AQUARIUM

kemudian.. pilihan anda.. hendak menggunakan tumbuhan hidup atau plastik, bergantung kepada jenis ikan yang anda ingin pelihara.. saya cadangkan anda menggunakan tumbuhan plastik dahulu kerana ia lebih murah dan lasak serta mudah di uruskan..


TUMBUHAN HIDUP



TUMBUHAN PLASTIK

kemudian, anda perlukan heater jika anda ingin memelihara ikan tropika, jika anda hanya mahu memelihara ikan emas, heater tidak diperlukan kerana ikan emas adalah jenis ikan yang perlukan persekitaran yang sejuk.


HEATER

untuk langkah seterusnya, anda dinasihatkan agar tidak membeli ikan pada masa itu..ini adalah bagi memberi masa pada anda untuk setting aquarium anda dan memastikan PH air, nitrat dan nitrit serta air sesuai dengan ikan anda.

langkah seterusnya, anda bolehlah mula setting aquarium anda, setakat ini untuk kali ini, saya akan sambung ke langkah seterusnya di lain masa.. semoga jumpa lagi. anda boleh tinggalkan pesanan jika ada sebarang pertanyaan mengenai aquarium anda dan saya akan cuba bantu anda.

1 ulasan:

Park Sang Hyun berkata...

Senyap terus budak tu... Agaknya dah koma kot x tido smalaman...

Hmmm... Hazreyna telah pun meletak sistem approval, sy dh komen, kemungkinan dia yang delete komen itu.

Catat Ulasan